Monday, July 22, 2013

Perbincangan Kertas Kerja Bagi Program " Wanita & Kulinari "

      Ini merupakan program pertama saya di ADUN Temengor bekerja sama dengan pelatih ADUN Pengkalan Hulu Ahmad Fadhil Mokhtar. Program yang diberi nama "Wanita & Kulinari" ini dibuat adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan, Menghimpunkan semua ahli Wanita Gerik, Puteri Parlimen Gerik dan Puspanita Gerik sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan Menyediakan program berbentuk ilmiah yang mampu mendorong Wanita ke arah bidang keusahawanan.
          Peserta-peserta yang akan terlibat dalam program ini ada Warga Wanita UMNO Parlimen Gerik, Warga Puteri UMNO Parlimen Gerik, Puspanita Gerik dan Warga dan komuniti sekitar Gerik. Cadangan program ini akan berlangsung pada 1 September 2013 (Ahad) 9am – 2.30 pm di Dewan Persidangan Gerik. Perbelanjaan program ini akan ditanggung sepenuhnya menerusi penajaan berbentuk kewangan dan peralatan dari UMNO Gerik, sektor korporat / Sektor Swasta.
Disini saya lampirkan tentatif program :

9.00 pagi:
Peserta mengambil tempat.

9.15 pagi:
Ketibaan Ketua Wanita & Puteri Gerik.
Ketibaan Dato’ Hasbullah (ahli parlimen Gerik).
Ketibaan Adun Temenggor & Pengkalan Hulu.

9.30 pagi:
Ucapan aluan dari Adun / Ketua Wanita.
Ucapan dan perasmian dari Dato’ Hasbullah.
Sesi Dialog & perkongsian pengalaman dari Chef.

11.30 pagi:
Minum Pagi.

12.00 Tgh hari:
Demonstrasi Masakan.
Demonstrasi Ukiran.

2.30 petang:
Makan Tengahari.
Bersurai.