Wednesday, July 17, 2013

Majlis Perundingan Belia Daerah Gerik

 

       Saya telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Daerah Gerik bersama Adun Temengor YB Puan Salbiah Mohamed. Saya juga diminta oleh pihak urusetia untuk memberikan sedikit ucapan ringkas sebagai pengganti kepada YB Puan Salbiah Mohamed. Dalam rundingan ini pelbagai isu yang telah dibincangkan bagi meningkatkan lagi produktiviti bagi golongan belia di Gerik ini terutamanya. Disini saya sertakan antara pembentangan usul yang telah disuarakan oleh wakil dari Belia sendiri, antaranya adalah: 

1. Mewujudkan kompleks sukan dan komuniti yang lengkap beserta penginapan bersaiz sederhana bagi memberikan peluang serta pusat kegiatan aktiviti sukan dan pembangunan masyarakat amnya dan belia khususnya di atas tanah yang dikhususkan kepada Pejabat Belia dan sukan daerah Gerik oleh Pejabat Tanah dan daerah Hulu Perak.

 2. Mencadangkan geran kepada PBSD sebanyak rm 50,000 setahun melalui peruntukan KBS dan rm50,000 kepada MBD setahun melalui peruntukan kerajaan negeri untuk tujuan program-program pembangunan belia.

 3. Memohon peruntukan kerajaan negeri untuk membangunkan Pulau Belia yang terdapat di tasik banding, ianya boleh dijadikan pusat latihan belia yang berkonsepkan pendidikan luar dan alam sekitar. pulau ini diuruskan bersama PBSD dan MBD Gerik.

 4. Mengkaji semula parlimen belia dari aspek kaedah pemilihan dan perlaksanaan yang dilihat tidak efisyen.

 5. Mewujudkan semula bantuan keupayaan tahunan sebanyak RM 3,000 kepada persatuan belia dengan syarat mencapai penarafan bintang “3 star” ke atas atau apa-apa jua kaedah yang sesuai.

 6. Menyokong had umur belia 15-30 tahun dengan kaedah secara berperingkat- peringkat.

 7. Mewujudkan program belia berkemahiran yang menjurus kepada keperluan industri bersifat global seperti minyak dan gas, industri perkapalan laut atau udara dan sebagainya.

 8. Mewujudkan kembali tabung ekonomi belia melalui kerajaan negeri samada kaedah pinjaman atau geran kepada koperasi belia.

 9. MBD Gerik memohon agar exco belia dapat membawa usul agar tanah pertanian di bawah kerajaan negeri atau perbadanan diberikan kpd belia untuk diusahakan. Ianya dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi. Tanah tersebut diusahakan hanya untuk pertanian semata-mata dan bersifat hak milik kekal. Jika tanah diusahakan itu gagal, maka ia akan diberi peluang kpd belia lain.