Sunday, July 21, 2013

Program Ziarah Di kampung Padang Stang

    Sebelum kami menziarah sepuluh buah rumah di Kampung Padang Stang, kami sempat kerumah seorang warga tua yang memerlukan bantuan kerusi roda untuk meringankan bebannya. Bantuan kerusi tersebut disampaikan oleh ADUN Temengor sendiri iaitu YB Puan Salbiah Mohamed

  Program ziarah kali ini di buat di Kampung Padang Stang dimana menziarahi rumah orang-orang tua di kampung tersebut. Terdapat sepuluh biji rumah juga telah dipilih untuk diziarahi oleh YB Puan Salbiah sendiri. Disamping itu juga kami sempat melihat hasil kraftangan yang dibuat oleh penduduk Kampung Padang Setang.