Friday, July 12, 2013

Program Ziarah Di Kampung Gerik

       Pada pukul 9 a.m kami pergi menziarahi Puan Wan yang menghidapi penyakit paru-paru, dimana papru-paru Puan Wan hanya mampu berfungsi hanya 10 peratus sahaja. Puan Wan bernafas dengan menggunakan alat bantuan.



             Pada belah petangnya pula saya, YB Puan Salbiah dan sukarelawan yang lain pergi menziarahi 10 buah rumah yang terpilih untuk diberikan sedikit bantuan atau sumbangan bahan mentah. 10 buah rumah yang terpilih ini sudah diteliti kriteria-kriteria kelayakan untuk menerima bantuan ini seperti ibu tunggal, fakir miskin, warga tua dan banyak lagi. diharapkan program ziarah ini dapat diteruskan lagi kerana program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara wakil rakyat bersama rakyat.


Inilah barisan-barisan sukarelawan yang bertungkus lumus bersama Adun Temengor menjayakan program ziarah di Kampung Gerik.