Telah ditugaskan oleh YB Puan Salbiah untuk membuat catatan atau mencari maklumat mengenai Pelupusan Sampah Yang Paling Berkesan. di sini saya sertakan sedikit maklumat yang telah saya dapat :
Terdapat
beberapa kaedah yang biasa di gunakan untuk melupus sampah iaitu kaedah
penimbusan tanah atau lebih dikenali sebagai Landfill dan juga kaedah
Insinerator iaitu pembakaran tertutup. Bagi kaedah Landfill, banyak cara atau
kaedah yang digunakan merangkumi:
1.
Kaedah
‘Open Dumping’ :
Kaedah
ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat seluruh
Malaysia.Kaedah ini tidak teratur dan terdedah kepada bau busuk dan pembiakan
serangga dan binatang
2.
Kaedah
‘Sandwich’ :
Kaedah
penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar.Setiap antara
lapisan ini ditimbus/ditutup dengan tanah.
Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu
lebar (luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup
untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan sebagainya.
3.
Kaedah
‘Cell’ :
Kaedah
penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan lapisan tanah
pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20 cm. Pada lapisan penutup perantaraan
hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan akhir penutup pada ketebalan
60cm.